::sedih::

sedih.

kalau bisa saja kau kira.
satu dua tiga sedih yang aku rasa.

kalau bisa saja kau hitung.
tambah tolak derita di balik ketawa.

kalau bisa saja kau pandang aku.
lihat jauh dalam dasar mata ku.
pasti kau nampak lelah aku.
lelah aku yang mengejarmu.

ya aku ini menyedihkan.
ya aku ini tidak mengertikan.
betapa jauh kau mahu bebas.
betapa bahagia kau tanpa aku.

tapi

tidak kah kau tahu
aku tidak lagi sedih jika tidak berjodoh denganmu.
aku tidak juga sedih dibiar sendiri saat aku penat berdiri.
kerana yang pasti nanti aku tetap mati.
kerana yang terpaling pasti cuma tuhan yang abadi.

cuma satu aku mahu kau tahu.

aku ini terkilan.
kau pergi meninggalkan.
cerita sahabat yang dulu konon sejati.
sedangkan kau berpaling dan terus lari.

sedang yang memulakan itu kamu.

terima kasih...


Fragile




"Kadang-kadang rasa macam mahu minta dimatikan saja jikalau dia hidup ini hanya menyusahkan orang di sekeliling saja."



Rindu



Rindu.

Aku rindu kamu.

Tapi tak akan mahu aku luahkan itu pada kamu.

For the last time I did that, you didn't believe me at all.


::jiwaretakseribu::



aku sangat patah hati.
aku perlukan sesuatu untuk aku berpaut.


sayang.
tak ada siapa yang tahu perih yang aku hadapi.
dari kecil sampai kini.
hidup aku terlalu hambar.

adakah aku yang tak pernah berasa bersyukur?
atau sememangnya bukan aku sebertuah ini?


aku terlalu sepi.
jiwa aku mati.
aku ditinggalkan tanpa aku relai.
aku disampahkan tanpa ada rasa kasihan.

pedih.

aku tak mampu lagi untuk terus bertahan.
apatah lagi mahu menapak kehadapan.

hari hari yang aku lalui kosong.
kiri dan kanan aku meminggir aku.

atau apakah aku yang menjauh?

aku tak tahu.
aku hilang punca.
aku hidup dalam derita.
dan berterusan aku mengalirkan airmata.

Allahuakbar.


kecewanya jiwa ini.
seakannya semua tak lagi ada erti.
sepertinya mahu saja aku akhiri.

tapi apakan daya.
untuk mengakhiri pun aku tak berani lagi.

:(

::selamat pergi::

dua tahun lalu kau pergi.
meninggalkan jejakmu lagi.

walaupun tak pernah aku fahami setiap maksud perbuatanmu,
aku gagahi untuk berdiri biarpun kita dah tak seiring lagi.

tapi entah kenapa.
luka itu tersangat dalam perihnya.
sepertinya tak akan pernah sembuh lagi.

dan diakhir pencarian aku temui nafasmu yang baru.
seperti yang kau mahu suatu masa dahulu.
dengan dia kau tersenyum lebar.
sepertinya sudah tiada aku lagi dalam memorimu.

aduh luka itu kembali.

pedih. sakit. parah.

ya. aku kian parah.
jiwaku hancur lagi.

dan di setiap apa yang ku lihat kini,
kabur dalam deras air mata yang tak tertahan.

kufikir andai kau bahagia,
aku turut merasakannya.

silap.

maka sudilah kalian berbahagia atas deritaku ini
dan semoga tuhan pupukkan rasa redha akan kepergianmu sayang.
kerana aku lelah untuk menantimu sepanjang hari.
apalagi bila dia telah menjadi pengganti diriku yang tak sempurna ini.

salam Aidilfitri untuk yang terakhir kali.

selamat pergi wahai kekasih.

 
Design By - NA - ♥ All Rights Reserved © 2013/2014