::tigapuluhseptemberduaribulimabelas::

hari ini dia kata benci.
benci dgn sikap aku.
benci dgn karenah aku.
mungkin benci dgn segala-galanya tentang aku?
siapa tahu.

lalu aku kembali lesu.
cinta tiga tahun dulu berubah benjadi abu.

dan bayangkanlah jiwa aku.

punah.
ranap.
berkecai seribu kali lagi.

maka.
pulanglah.
ke tempat asalnya kau berlabuh.



::mimpijanganpergi::

Diceritakan sebuah kisah.
Kisah tentang dua jiwa yang berpisah.
Mungkin katanya itu benar sekali.
Katanya tentang kita yang tak kesampaian jodohnya.
Lalu aku menepuk mimpi.
Berharap kamu jangan pergi.

Dan begitulah ceritanya.
Saban hari, minggu malah berganti tahun.

Masih tetap jiwa ini padamu.

Kaca





Hati ini seperti cebisan kaca
Disentuh ia, aku yang terluka. 


::hakikatsepi::

hakikat sepi.

nyata yang pasti aku berdiri sendiri.
menoleh kiri dan kanan tapi sepi mengekori.

sepertinya sepi itu mengerti.
pantas nya aku dan sepi itu bersahabat sejati.
sampai mati; sepi itu setia di sisi.

sampai mati.


Kuat


Dia sebenarnya bukan menolak takdir. 

Walau dia pujuk dirinya, 'Everything happens for reasons. DIA Maha Mengetahui" Dia akan tergelincir juga untuk terima semuanya dengan redha. Untuk terima semua ketetapan Ilahi dengan seikhlas yang dia wajib laksanakan.

Mungkin dia mahu luah itu, luah ini,tapi apa yang dia akan buat nanti hanya berdiam diri. Berdiam diri dan mengesat saja air matanya itu setiap kali air mata itu degil mahu juga jatuh.

Mungkin saja dia penat mahu hidup. Mungkin saja dia penat menjadi dirinya yang ini. Mungkin saja dia rasa kematian dirinya akan selesaikan semuanya.

Dan di satu malam... dia mimpi 

"Sayang... kalau sayang berputus asa, jadi bagaimana dengan harapan Ibu selama ini?"

Dia bangun. Dia menangis. Dia lupa, dia dilahirkan atas harapan seseorang. Harapan seseorang yang dia tidak pernah lihat wajahnya. 



Harapnya dia kekal kuat sehingga ke penghujungnya. 



 
Design By - NA - ♥ All Rights Reserved © 2013/2014