::selamat pergi::

dua tahun lalu kau pergi.
meninggalkan jejakmu lagi.

walaupun tak pernah aku fahami setiap maksud perbuatanmu,
aku gagahi untuk berdiri biarpun kita dah tak seiring lagi.

tapi entah kenapa.
luka itu tersangat dalam perihnya.
sepertinya tak akan pernah sembuh lagi.

dan diakhir pencarian aku temui nafasmu yang baru.
seperti yang kau mahu suatu masa dahulu.
dengan dia kau tersenyum lebar.
sepertinya sudah tiada aku lagi dalam memorimu.

aduh luka itu kembali.

pedih. sakit. parah.

ya. aku kian parah.
jiwaku hancur lagi.

dan di setiap apa yang ku lihat kini,
kabur dalam deras air mata yang tak tertahan.

kufikir andai kau bahagia,
aku turut merasakannya.

silap.

maka sudilah kalian berbahagia atas deritaku ini
dan semoga tuhan pupukkan rasa redha akan kepergianmu sayang.
kerana aku lelah untuk menantimu sepanjang hari.
apalagi bila dia telah menjadi pengganti diriku yang tak sempurna ini.

salam Aidilfitri untuk yang terakhir kali.

selamat pergi wahai kekasih.

 
Design By - NA - ♥ All Rights Reserved © 2013/2014