::sedih::

sedih.

kalau bisa saja kau kira.
satu dua tiga sedih yang aku rasa.

kalau bisa saja kau hitung.
tambah tolak derita di balik ketawa.

kalau bisa saja kau pandang aku.
lihat jauh dalam dasar mata ku.
pasti kau nampak lelah aku.
lelah aku yang mengejarmu.

ya aku ini menyedihkan.
ya aku ini tidak mengertikan.
betapa jauh kau mahu bebas.
betapa bahagia kau tanpa aku.

tapi

tidak kah kau tahu
aku tidak lagi sedih jika tidak berjodoh denganmu.
aku tidak juga sedih dibiar sendiri saat aku penat berdiri.
kerana yang pasti nanti aku tetap mati.
kerana yang terpaling pasti cuma tuhan yang abadi.

cuma satu aku mahu kau tahu.

aku ini terkilan.
kau pergi meninggalkan.
cerita sahabat yang dulu konon sejati.
sedangkan kau berpaling dan terus lari.

sedang yang memulakan itu kamu.

terima kasih...


No comments:


 
Design By - NA - ♥ All Rights Reserved © 2013/2014