::jiwaretakseribu::



aku sangat patah hati.
aku perlukan sesuatu untuk aku berpaut.


sayang.
tak ada siapa yang tahu perih yang aku hadapi.
dari kecil sampai kini.
hidup aku terlalu hambar.

adakah aku yang tak pernah berasa bersyukur?
atau sememangnya bukan aku sebertuah ini?


aku terlalu sepi.
jiwa aku mati.
aku ditinggalkan tanpa aku relai.
aku disampahkan tanpa ada rasa kasihan.

pedih.

aku tak mampu lagi untuk terus bertahan.
apatah lagi mahu menapak kehadapan.

hari hari yang aku lalui kosong.
kiri dan kanan aku meminggir aku.

atau apakah aku yang menjauh?

aku tak tahu.
aku hilang punca.
aku hidup dalam derita.
dan berterusan aku mengalirkan airmata.

Allahuakbar.


kecewanya jiwa ini.
seakannya semua tak lagi ada erti.
sepertinya mahu saja aku akhiri.

tapi apakan daya.
untuk mengakhiri pun aku tak berani lagi.

:(

::selamat pergi::

dua tahun lalu kau pergi.
meninggalkan jejakmu lagi.

walaupun tak pernah aku fahami setiap maksud perbuatanmu,
aku gagahi untuk berdiri biarpun kita dah tak seiring lagi.

tapi entah kenapa.
luka itu tersangat dalam perihnya.
sepertinya tak akan pernah sembuh lagi.

dan diakhir pencarian aku temui nafasmu yang baru.
seperti yang kau mahu suatu masa dahulu.
dengan dia kau tersenyum lebar.
sepertinya sudah tiada aku lagi dalam memorimu.

aduh luka itu kembali.

pedih. sakit. parah.

ya. aku kian parah.
jiwaku hancur lagi.

dan di setiap apa yang ku lihat kini,
kabur dalam deras air mata yang tak tertahan.

kufikir andai kau bahagia,
aku turut merasakannya.

silap.

maka sudilah kalian berbahagia atas deritaku ini
dan semoga tuhan pupukkan rasa redha akan kepergianmu sayang.
kerana aku lelah untuk menantimu sepanjang hari.
apalagi bila dia telah menjadi pengganti diriku yang tak sempurna ini.

salam Aidilfitri untuk yang terakhir kali.

selamat pergi wahai kekasih.

::cintainimembunuhku::


aku.

cintakan kau.


maaf sayang kerana aku masih cinta.
maaf sayang bila aku memilih untuk derita.
maaf sayang aku sungguh tak rela.
        
         bila lihat dengannya kau bahagia.
         bila lihat dengannya kau tersenyum bangga.


sedangkan aku disini terlalu rindukan gelak tawamu.
terlalu mahu untuk bertemu denganmu.
walau hanya sekilas pandangan sudah cukup bagiku.

ku mohon kau mengerti.
cinta ini sungguh merobek hatiku.
membunuh setiap nafas nadiku.

kerana kau.
telah pergi meninggalkan aku.

dan kau.
memilih dia menjadi mataharimu.

Takdir atau Alasan..



Menangis, merempuh luka disebabkan kamu.
Apa yang kamu tahu tentang sakitnya aku saat kamu mahu tinggalkan kenangan kita?

Kecewa.
Ya.
Aku kecewa dengan kamu yang tidak bisa tunaikan janji janji kamu pada hati kita.

Kenapa?

Katanya kamu, "Takdir DIA, awak."

Apakah ini takdir sekiranya kamu langsung tidak mahu berusaha untuk kita?

Sekurangnya harus ada usaha untuk kita sebelum kamu mengalah.

Itu yang DIA katakan.

Takdir atau alasan kamu saja?

-Pocahontas-


::beban::

sayang.
aku bukanlah terlalu rindu.
bukan juga mengharap ajaibnya untuk kau kembali.
aku cuma mahu,
menjadi diantara mereka yang buat kau tertawa.
menjadi diantara mereka yang buat kau selesa.

tapi.
aku ini beban.
kenapa dibebankan aku dalam jiwamu?
tak bisakah kau lepas?
seperti hari hari itu yang kau pilih untuk buangkan?



 
Design By - NA - ♥ All Rights Reserved © 2013/2014