Dia sebenarnya bukan menolak takdir.
Walau dia pujuk dirinya, 'Everything happens for reasons. DIA Maha Mengetahui" Dia akan tergelincir juga untuk terima semuanya dengan redha. Untuk terima semua ketetapan Ilahi dengan seikhlas yang dia wajib laksanakan.
Mungkin dia mahu luah itu, luah ini,tapi apa yang dia akan buat nanti hanya berdiam diri. Berdiam diri dan mengesat saja air matanya itu setiap kali air mata itu degil mahu juga jatuh.
Mungkin saja dia penat mahu hidup. Mungkin saja dia penat menjadi dirinya yang ini. Mungkin saja dia rasa kematian dirinya akan selesaikan semuanya.
Dan di satu malam... dia mimpi
"Sayang... kalau sayang berputus asa, jadi bagaimana dengan harapan Ibu selama ini?"
Dia bangun. Dia menangis. Dia lupa, dia dilahirkan atas harapan seseorang. Harapan seseorang yang dia tidak pernah lihat wajahnya.
Harapnya dia kekal kuat sehingga ke penghujungnya.